My Family....

My Family....
Mereka adalah segala-galanya dalam hidupku...

Khamis, 18 Mac 2010

Puisi buat emak






Tiada kata yang sesuai untuknya
Tiada ganjaran sewajar kasihnya
Tiada balasan untuk setiap belaiannya
Maafkan aku sering terlupa
Terlihat dikala mata tersedar
Teringat dikala hatinya terluka
Layakkah aku untuk dirinya
Tiada keluhan dari bibirnya
Tiada keluhan dari sentuhan tangannya
Sebaliknya dia bimbang akan kekurangannya
Dia takut ada cela disebalik bimbingannya
Dia sangsi wujud ruang peti pengorbanannya
Sunggu tinggi cita-citanya
Hanya untuk kami anak-anaknya
Berjaya di dunia anak utamanya
Bahagia anak bahagialah dirinya
Walaupun ada yang alpa akan kehadiranya
Ada yang pantas menolak janji yang dikota
ada yang cuba menjauhinya
Sewaktu dia hilang dayanya
Namun dia tidak akan bertanya
Bertanya akan balasanya 
Malah dia mendoakannya
Betapa suci hatinya
Remuk terluka oleh permatanya
Berjayakah kita di sana
Bahagiakah kita
Dikala berlinangnya air mata kecewa
Di wajah yang penuh sejuta keperitan.... BIE 19/2/2003

Jumaat, 5 Mac 2010

DEMAM DENGGI.....

Salam semua, nak share sikit, tentang demam denggi ni sebab anak kami yang sulong baru sahaja sembuh dari mengidapinya pada 16 Feb 2010.. (sama tarikh birthday cik bienya).. nasib baik naluri hati seorang ibu yg cepat bertindak menghantarnya terus ke Hospital Sg. Buloh. Pada mulanya suhu badannya amat tinggi melebihi 40 dc. Dr menahanya di bilik kecemasan bagi memasukan air ke dlm badanya, Masa itu kuman denggi ni masih belum di kesan kerana baru 2 hari demam so dr meminta kami membawa dia pulang kerana wad penuh.

Pada keesokan harinya demamnya tidak kebah lagi so suamiku membawanya sekali lagi ke hospital, kali ini dia ditahan wad kerana keadaannya yg amat lemah dan bacaan platelets darahnya sudah turun ke 166 dan kepekatan darahnya sudah naik.. (normal 31) ke  43. Ini amat membahayakan buat anak kami kerana ini adalah punya yg boleh membawa kepada kematian. Nauzubillah......

Pada 18 Febuari 2010, ketika anak kami sedang makan tengahari dr datang utk membuat pemeriksaan, agak terkejut bila dr memberitau bahawa denyutan nadinya terhenti lalu memanggil dr pakar untuk memastikan keadaan dan terus bertindak mengarahkan staff nurse memindahkannya ke bilik pengawasan dengan kadar yang segera. Bayangkan bagaimana perasaan kami sebagai ibubapa bila melihat keadaan ini ketika itu.

Platelets darahnya terus turun sehingga 27, ini amat merisaukan. Sudah masuk hari ke 4, dr semakin bimbang dgn keadaan ini. Kami terus berusaha, kami bagi dia makan sup ketam, minum 100 plus, minum air ACPi dan macam-macam lg yg dikatakan mampu membantu (pandangan dan nasihat kekawan.. terima kasih). Namun pada keesokan harinya bacaan platelet darahnya semakin turun sehinngga 22. Dr pun pelik kerana demamnya dah tiada, kuman denggi pun sudah disahkan sembuh (hilang), virus lain pun tiada tetapi keadaan anak masih macam itu. 

Pada hari sabtu 20 Febuari 2010 dr cuba sekali lagi mengambil sample darahnya. ALhamdulillah bacaan pada pagi itu naik sedikit ke 24,.." hanya 2 je naik? " kata dr. Kami terus meminta anak kami minum lebih banyak air sehinggalah pada tengahari dr sekali lg mengambil sample darah. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya, Maha Mendengar dan Maha Mengasihani, bacaan darahnya naik kembali ke 37. Alhmadulillah syukur.....
Doktor membenarkan anak kami balik, sedangkan bacaan platelets darahnya masih rendah. Alasan doktor, kenaikan bacaan platelets darahnya ini sudah cukup membuktikan anak kami beransur sihat.... (rasanya wad penuh...). Tepat jam 5.00 petang kami keluar meninggalkan Hospital Sg, Buloh....

So saya nak share tanda-tanda demam denggi ini.

1. Demam panas dengan tiba-tiba (x ada batuk atau selesema)
2. Lemah seleuruh badan dan sendi-sendi
3. Hilang selera makan
4. Pening dan loya atau muntah
5. Najis berubah warna ke warna hitam atau bertar.
Jika tanda-tanda ini ada walaupun 2 dari tanda di atas cepatlah pergi ke HOSPITAL jangan tunggu lagi.


Khamis, 4 Mac 2010

Permata Hatiku


Dah lama tak berkongsi cerita kat bloq ni, so hari ni nak berkongsi dengan kekawan semua tentang masalah anak-anak kita.....

ANGIN (KEMBONG)...nak share sebab baby ibu selalu mengidapinya sejak lahir sampai la ni...
ALYA FARHANAH
Kembong perut terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut. bayi yang kembung biasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya keras dan terik.

Mengapa bayi kembung

Bayi yang kerap kembung perut perlu disendawakan setiap kali menyusu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung...(babyku kena juga) berbanding bayi yang menyusu botol. Bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yang keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara yang ditelan. Walau bagaiman pun, bayi yang menyusu badan juga harus kerap disendawakan jika dia menyusu dengan cepat atau aliran susu agak laju. Kekacang yang dimakan oleh ibu yang menyusu dikatakan boleh menyebabkan perut bayi kembung tetapi tidak dapat dipastikan kesahihanya...